Thursday, November 25, 2010

American Gangster

Saya tertarik untuk membicarakan berkenaan filem American Gangster ini kerana sedikit sebanyak filem ini menyentuh mengenai amalan rasuah dan hilangnya nilai integriti di kalangan penjawat awam. Pada dasarnya filem ini menceritakan tentang kisah benar berkenaan seorang warga Amerika kulit hitam Frank Lucas yang berjaya menjadi 'gangster' yang paling digeruni dan berjaya di Amerika Syarikat di penghujung tahun 1960 an. Kejayaan beliau adalah hasil daripada penyeludupan dadah ke Amerika Syarikat dari negara pengeluar dadah. Hasil kejayaan beliau juga adalah kerana keruntuhan nilai-nilai integriti dan gejala rasuah yang tidak dibendung di kalangan anggota-anggota keselamatan (polis dan tentera) Amerika Syarikat ketika itu.



Namun empayar Frank Lucas terjejas apabila muncul seorang anggota polis (detektif) Richie Roberts yang dipulau oleh rakan seanggotanya kerana sikap beliau yang jujur dan tidak mengamalkan rasuah. Walaupun dengan kehidupan beliau yang terumbang ambing, namun sikap integriti beliau terhadap kerja amat tinggi dan beliau diberi kepercayaan mengetuai skuad khas bagi menangkap Frank Lucas. Richie berjaya menangkap Frank Lucas untuk dihadapkan ke muka pengadilan. Lebih dari itu, daripada maklumat Frank Lucas juga, Richie berjaya mendapatkan bukti bagi menangkap ramai anggota-anggota polis yang terlibat dengan rasuah.







Moral daripada filem ini, dengan gejala rasuah berleluasa terutama di kalangan anggota keselamatan, dadah berjaya di seludup masuk ke dalam sesebuah negara tanpa apa-apa halangan. Dan ini boleh meruntuhkan negara dengan rakyatnya bergelumang dengan dadah hingga membantutkan sistem ekonomi, pendidikan, kekeluargaan dan sosial.

No comments:

Post a Comment