Friday, November 26, 2010

PANGKALAN DATA PESALAH RASUAH 1

PANGKALAN DATA PESALAH RASUAH 1


No KP/No Pasport : 500608-01-5341
Tertuduh : Hasan bin Hamzah
No. Kes : 62-441-07

Pertuduhan :
Tertuduh dipanggil membela diri atas 2 pertuduhan (pertuduhan kedua dan ketiga) di bawah s. 165 Kanun Keseksaan, kesalahan-kesalahan yang mana sebagai seorang penjawat awam iaitu Pengarah Jabatan Arkitek dan Projek Khas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, telah bersetuju menerima untuk dirinya, satu barangan berharga iaitu RM15,000.00 (pertuduhan kedua) dan RM43,832.00 (pertuduhan ketiga) sebagai sebahagian daripada bayaran pembelian kereta Mercedes Benz E200A tanpa balasan yang mencukupi daripada Azmi bin Omar, Pengarah Urusan Syarikat Pelaras Utara Sdn. Bhd. yang mana diketahui oleh tertuduh mempunyai hubungan dengan tugas rasmi tertuduh iaitu sebagai Pegawai Penguasa Utama bagi Projek Cadangan Pembangunan Kompleks Pasar di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.

Mahkamah : Mahkamah Sesyen (J12) Kuala Lumpur
Hakim : Puan Ainun Shahrin binti Mohamad
Timbalan Pendakwaraya/Pegawai Pendakwa : Mohd Asnawi bin Abu Hanipah
PeguamBela : P. Arimuthu & N. Satgurunathan
Kesalahan : s. 165 Kanun Keseksaan

Hukuman :
Tertuduh disabitkan atas kedua-dua pertuduhan. Hukuman yang dikenakan ialah denda RM6,000.00 (t.b. penjara 3 bulan) bagi setiap pertuduhan.

Jantina : Lelaki
Warganegara : Malaysia
Negeri : Kuala Lumpur
Kategori : Penjawat Awam
Majikan : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Jawatan : Pengarah Jabatan Arkitek dan Projek Khas
Tarikh Jatuh Hukum : 28/10/10
Sabitan Lampau : -

Sumber dari Portal SPRM

Thursday, November 25, 2010

Rasuah Membawa Padah!

Amanat mantan Tun Dr. Mahathir Mohammad mengenai bahaya gejala rasuah dalam masyarakat yang mengamalkan sistem demokrasi

Amanat mantan Tun Dr. Mahathir Mohammad mengenai bahaya gejala rasuah dalam masyarakat yang mengamalkan sistem demokrasi.

GEJALA RASUAH DAN KESANNYA

GEJALA RASUAH DAN KESANNYA

Oleh: Norhafifi Yahya

Rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah dirinya sendiri. Ini kerana apabila melalui prosedur-prosedur biasa, dia tidak akan memperoleh apa-apa yang dikehendakinya itu. Secara amnya rasuah bermakna kuasa yang telah diberikan kepadanya disalahgunakan dan bertindak untuk kebaikan diri sendiri dan bersikap ‘pilih kasih’ dalam tindakannya.



Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab “al-risywah”. Di dalam al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perkataan jenayah lain seperti merompak, menipu dan memeras ugut. Di negara ini, dari segi undang-undang semua perkataan “ memberi dan menerima suapan” adalah sebahagian daripada perbuatan dan kesalahan jenayah rasuah.

Biasanya, rasuah dijadikan sebagai salah satu jalan pintas seseorang untuk mengecapi kehidupan mewah atau dengan erti kata lain mahu menjadi kaya dalam masa singkat. Kebiasaannya orang yang melakukan budaya ini tidak memikirkan kesan buruk yang akan terjadi, sebaliknya mereka hanya memikirkan keuntungan kepada diri mereka. Sebagai umat Islam, keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT harus dititikberatkan dalam apa juga urusan. Islam sangat melarang umatnya daripada mengamalkan budaya ini. Seperti mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Daripada Abu Hurairah RA. ia telah berkata: “Rasulullah SAW telah mengutuk orang yang suka memberi rasuah dan orang yang suka menerima rasuah dalam soal hukum- menghukum”.

Perbuatan rasuah ini adalah perbuatan yang sangat keji dan berdosa. Mereka yang terjebak dalam budaya rasuah akan memperoleh balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka ini. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :

“ Pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya akan masuk neraka”.

Allah telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:

“Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antaranya kamu dengan jalan yang batil (tiada hal) dan (jangan) kamu bawa kepada hakim, supaya dapat kamu memakan sebahagian harta orang yang berdosa sedang kamu mengetahuinya”. (al-Baqarah : 188)


PANDANGAN ISLAM MENGENAI RASUAH

Budaya rasuah ini sebenarnya telah dahulu disedari oleh Islam dan cara yang terbaik bagi mengatasi dan mengawal budaya ini telah disediakan. Langkah pertama yang tegas telah diutarakan oleh Islam iaitu terhadap mengharamkan secara berkesan tanpa bertolak ansur dengan rasuah, seperti sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi yang bermaksud :

“ Penerima dan pemberi rasuah akan ditempat dalam api neraka”.

Perbuatan ini juga dikutuk dengan kerasnya oleh Allah SWT sebagaimana dinyatakan dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Ahmad yang bermaksud :

“Allah SWT melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah serta orang yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya”.

Berdasarkan dalil-dalil diatas jelas membuktikan Islam melarang perbuatan keji ini. Kutukan itu bukan sahaja terbatas kepada penerima malah pemberi dan sesiapa juga yang bersubahat melicinkan kegiatan rasuah ini.

PUNCA BERLAKUNYA RASUAH

Antara punca berlakunya rasuah ialah :

a) Kelemahan peribadi seperti kurang iman dan takwa. Seseorang itu tahu bahawa rasuah dilarang oleh agama dan undang-undang, tetapi dilakukan juga dengan seribu satu alasan peribadi. Hal ini termasuk dalam teori “Technique of Neutralization” oleh Grisham Sykes dan David Matza. Mereka mengatakan, “ Lakukan rasuah secara rahsia asalkan tiada siapa yang tahu”. Sikap mahu hidup mewah, riak, menunjuk-nunjuk, tamak, ingin cepat kaya dan sebagainya adalah pendorong berlakunya rasuah bagi mereka yang lemah keperibadiannya.

b) Kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi. Kepimpinan yang lemah menyebabkan kurangnya penyeliaan, tiada pemantauan, lembap menjalankan tugas dan terbuka kepada penyelewengan khususnya rasuah.

c) Sosial dan budaya. Masyarakat majmuk di Malaysia mengamalkan tradisi memberi hadiah dalam bentuk wang dan benda, sempena menyambut hari-hari kebesaran hari perayaan, majlis hari jadi, hari perkahwinan dan sebagainya. Hari yang baik ini memberi kesempatan kepada perasuah dan penerima rasuah melakukan rasuah sama ada diminta, disogok atau diumpan tanpa disedari.

d) Modenisasi. Pembangunan sosial ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian akan memudahkan terjadinya rasuah. Projek pembangunan bercambah seperti cendawan tumbuh. Pengaliran wang juga akan meningkat. Golongan yang terlibat juga mengambil kesempatan untuk mengaut untung sebanyak-banyaknya. Perlumbaan moden memperlihatkan para kontraktor berlumba-lumba mendapatkan tender. Mereka juga akan berusaha untuk memenangi hati pegawai pengurusan atau pembuat keputusan. Rasuah diberikan sebagai jalan pintas untuk mendapatkan tender, mempercepatkan bayaran, melepaskan hukuman atau tindakan jika gagal atau lambat menyiapkan projek dan sebagainya.

e) Politik. Sesetengah ahli politik menggunakan kesempatan untuk berbakti kepada masyarakat dengan menerima dan memberi rasuah untuk mendapatkan kuasa, memenangi pemilihan jawatan politik, mengumpul kekayaan, menagih populariti dan sebagainya.

KESAN-KESAN RASUAH

Perbincangan mengenai rasuah adalah penting kerana kegiatan rasuah akan melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi. Dengan adanya kegiatan rasuah, tiada sesiapa akan dapat mengagak tindakan seseorang atau hasil daripada sesuatu rancangan untuk masa depan. Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada cerdik pandai dan profesional yang ada. Kegiatan rasuah akan hanya menghakis kepercayaan orang awam terhadap cerdik pandai negara kita.

Selain itu pemerintahan menjadi lemah kerana setiap kali rasuah berlaku, maka pemerintah kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakan-tindakan yang sepatutnya. Umpamanya jika cuai terhadap sesuatu yang telah ditentukan, maka pemberian rasuah telah menggantikan wang cukai yang sepatutnya dikutip dan manfaatnya hanya dinikmati oleh segelintir pemberi rasuah.

Kesan yang paling besar daripada gejala rasuah ini ialah akan menyebabkan pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir. Akibatnya , ia menimbulkan masalah lain seperti kemerosotan ekonomi, pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya. Budaya rasuah juga boleh menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara. seperti yang berlaku di Filipina yang mencatatkan sejarah kejatuhan kerajaan presiden Marcos dari tampuk kepimpinan disebabkan amalan rasuah yang tidak terbendung.


LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH RASUAH

Antara langkah mencegah rasuah adalah seperti berikut :

1.Memantapkan Iman Dan Mengukuhkan Jatidiri

Keimanan dan keperibadian yang tinggi adalah benteng yang paling ampuh untuk membenteras gejala rasuah. Apabila setiap individu bencikan rasuah sama ada rakyat biasa, pemimpin,peniaga, atau jentera kerajaan maka amalan rasuah dapat diatasi. Kekuatan Iman dan jati diri dapat menangkis habuan rasuah sekali pun tiada sesiapa tang tahu dan peluang terbuka luas di hadapan mata.

2. Mamasukkan bahaya rasuah dalam sistem pendidikan

-Benci kepada rasuah akan dapat dihayati dalam diri sekiranya diajar dan dididik sejak zaman persekolahan lagi. Generasi yang dididik benci rasuah akan membesar menjadi individu yang lebih bertanggungjawab, amanah, ikhlas. Sistem pendidikan hanya membentuk generasi akan datang yang bebas daripada rasuah.

3. Meningkatkan Penguatkuasaan Undang-Undang dan Hukuman

Siasatan dan penguatkuasaan undang-undang perlu dipergiatkan lagi agar masyarakat sedar betapa bahaya dan serius masalah rasuah jika tidak dibenteras dan dibendung untuk keselamatan negara. Selain itu para pengamal rasuah akan berfikir banyak kali sebelum cuba melakukan rasuah lantaran hukuman berat yang bakal diterima.

4.Memudahkan urusan menggunakan ICT

-Prosedur diproses yang panjang, sukar dan lambat perlu diperkemaskan dan dipermudahkan dengan menggunakan kelebihan ICT. Penggunaan borang, proses temu duga dan seumpamanya perlu diringkaskan supaya tidak membebankan orang ramai khususnya para peniaga, kontraktor dan pelabur. Proses yang mudah dan telus dapat menghindari bahaya rasuah kerana tidak perlu disogok semata-mata untuk mempercepatkan proses.

Sumber dari portal JAKIM

American Gangster

Saya tertarik untuk membicarakan berkenaan filem American Gangster ini kerana sedikit sebanyak filem ini menyentuh mengenai amalan rasuah dan hilangnya nilai integriti di kalangan penjawat awam. Pada dasarnya filem ini menceritakan tentang kisah benar berkenaan seorang warga Amerika kulit hitam Frank Lucas yang berjaya menjadi 'gangster' yang paling digeruni dan berjaya di Amerika Syarikat di penghujung tahun 1960 an. Kejayaan beliau adalah hasil daripada penyeludupan dadah ke Amerika Syarikat dari negara pengeluar dadah. Hasil kejayaan beliau juga adalah kerana keruntuhan nilai-nilai integriti dan gejala rasuah yang tidak dibendung di kalangan anggota-anggota keselamatan (polis dan tentera) Amerika Syarikat ketika itu.



Namun empayar Frank Lucas terjejas apabila muncul seorang anggota polis (detektif) Richie Roberts yang dipulau oleh rakan seanggotanya kerana sikap beliau yang jujur dan tidak mengamalkan rasuah. Walaupun dengan kehidupan beliau yang terumbang ambing, namun sikap integriti beliau terhadap kerja amat tinggi dan beliau diberi kepercayaan mengetuai skuad khas bagi menangkap Frank Lucas. Richie berjaya menangkap Frank Lucas untuk dihadapkan ke muka pengadilan. Lebih dari itu, daripada maklumat Frank Lucas juga, Richie berjaya mendapatkan bukti bagi menangkap ramai anggota-anggota polis yang terlibat dengan rasuah.







Moral daripada filem ini, dengan gejala rasuah berleluasa terutama di kalangan anggota keselamatan, dadah berjaya di seludup masuk ke dalam sesebuah negara tanpa apa-apa halangan. Dan ini boleh meruntuhkan negara dengan rakyatnya bergelumang dengan dadah hingga membantutkan sistem ekonomi, pendidikan, kekeluargaan dan sosial.

Wednesday, November 24, 2010

Ceramah Pengukuhan Integriti & Jenayah Rasuah

Ceramah Pengukuhan Integriti & Jenayah Rasuah
Anjuran
Unit Integriti & Tatatertib, JPSM

Tarikh: 10 November 2010
Masa: 10:00 pagi - 1:30 petang
Lokasi: Auditorium, Perpustakaan Kuala Lumpur


Laporan bergambar......




Pendaftaran


kaunter pendaftaran

3 makcik pingitan...

puan jamilah dengan bodyguard....


Bos Unit Integriti & Tatatertib menyampaikan kata2 aluan...

Penceramah dari SPRM WPKL Tuan Halim sedang menyampaikan ceramah...



para petugas sedang mengawasi kelancaran ceramah
(bro yg tgh tu sedang khusyuk....hehehehe)

puan jamilah dengan steady mengawasi pintu keluar...




para peserta sedang khusyuk mendengar ceramah....




makan time.....

pegawai yg kat tengah tu betul2 kelaparan ler...


Integriti


Integriti sebenarnya berasal dari istilah bahasa Inggeris yang membawa erti keutuhan dari semua segi yang baik. Dalam bahasa Melayu, ia biasanya menjurus kearah perwatakan seseorang. Maksud integriti mengikut Kamus Dwibahasa DBP, 1985, ialah kejujuran dan ketulusan; kesempurnaan; keutuhan.

Dari maksud yang didapati dari Kamus di atas, integriti adalah sifat jati diri yang merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh pegang cakapnya, dll.


Integrity is a concept of consistency of actions, values, methods, measures, principles, expectations and outcomes. In ethics, integrity is regarded as the quality of having an intuitive sense of honesty and truthfulness in regard to the motivations for one's actions. Integrity can be regarded as the opposite of hypocrisy, in that it regards internal consistency as a virtue, and suggests that parties holding apparently conflicting values should account for the discrepancy or alter their beliefs.

The word "integrity" stems from the Latin adjective integer (whole, complete). In this context, integrity is the inner sense of "wholeness" deriving from qualities such as honest and consistency of character. As such, one may judge that others "have integrity" to the extent that one judges whether they behave according to the values, beliefs and principles they claim to hold.



Tuesday, November 2, 2010

Usaha tangani rasuah tunjuk kemajuan

Usaha tangani rasuah tunjuk kemajuan: Idris Jala



KUALA LUMPUR: Pelbagai usaha kerajaan bagi menangani gejala rasuah menunjukkan kemajuan sekalipun ia tidak dicerminkan dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala.

Beliau yang mengulas kedudukan Malaysia yang kekal pada tangga ke-56 dari 178 negara, juga berkata, walaupun markah yang diperolehi Malaysia tidak boleh dibanggakan, namun ia juga tidak perlu dilihat sebagai perkembangan negatif.

"Walaupun ada kemerosotan sebanyak 0.1 mata berbanding tahun lepas pada 4.5, ini mencerminkan bentuk CPI itu sendiri, bukan kerana tidak ada kemajuan dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) menerusi Program Transformasi Kerajaan (GTP) dalam membanteras rasuah," katanya di sini, hari ini.
Idris yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), berkata CPI diiktiraf sebagai penunjuk prestasi isu rasuah yang kompleks kepada bentuk yang mudah difahami.

"Bagaimanapun, ia tidak mengukur kesan langsung tindakan yang diambil untuk menangani kebimbangan masyarakat umum, kerana kajian oleh CPI diperolehi daripada komuniti perniagaan dan risiko sesebuah negara serta analisis pakar," katanya.

"Semua pihak harus mengambil kira tujuan CPI dan mengiktiraf persepsi adalah berdasarkan pengalaman lepas. Memandangkan usaha menerusi inisiatif NKRA belum dirasai di akar umbi, maka persepsi yang diukur juga adalah kurang tepat," katanya.

Beliau berkata, CPI juga tidak diukur berasaskan tahun ke tahun tetapi bagi sesetengah sektor input adalah secara purata bagi tempoh dua tahun. Walaupun mencatatkan sedikit kemerosotan, responden CPI dari beberapa segmen iaitu "IMD World Competitiveness Yearbook", "Political & Economic Risk Consultancy's Asian Intelligence Newsletter" dan "World Economic Forum's Global Competitiveness Report" menunjukkan kemajuan.

"Ini menjanjikan suatu yang baik untuk masa depan kerana kita tahu kita berada di landasan yang betul menerusi inisiatif di bawah NKRA," katanya.

Beliau berkata, kerajaan sudah mengambil pelbagai langkah untuk menangani isu rasuah, antaranya pembentukan 18 mahkamah khas rasuah dan pindaan Kanun Tatacara Jenayah bagi memastikan kes rasuah dibicarakan dengan cepat.

Kerajaan juga melaksanakan langkah ''menamakan dan memalukan pesalah'' menerusi pangkalan data pesalah rasuah di laman web Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Setakat ini, 222 pesalah yang disabitkan kesalahan dipaparkan sejak pembentukan pangkalan data itu pada Februari lepas, dengan kebanyakan kes dimuat naik dalam masa sebulan selepas sabitan." katanya.

Idris berkata, usaha juga sedang diambil untuk melaksanakan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat menjelang akhir tahun ini.

Dari segi pemerolehan, antara langkah yang diambil kerajaan ialah memastikan ketelusan dengan 3,716 tender dan kontrak kerajaan dipaparkan dalam portal MyProcurement.

"Bagaimanapun diakui, masih banyak harus dilakukan. Justeru untuk menggalakkan kebertanggungjawaban dalam membelanjakan duit rakyat, kerajaan akan memperkenalkan ''pakatan integriti'' yang mana antaranya membolehkan pemantauan bebas," katanya.

Idris berkata, kerajaan juga mengambil langkah perlu untuk menangani masalah rasuah pada kalangan agensi penguatkuasa dengan penubuhan unit pematuhan di setiap agensi.

- BERNAMA