Saturday, December 11, 2010

Pertandingan Khemah Hari Keluarga JPSM 2010 - Status Siap













Pertandingan Khemah Hari Keluarga JPSM 2010 - Persiapan Terakhir

Persiapan Terakhir Khemah
Unit Integriti & Tatatertib/Unit Kenaikan Pangkat & Prestasi

cik yati: wahai org kampung! cepat buat kerojer....


bang...kerja bang..jgn telipon awek jer..hehehehe



mari..mari..tiga singgit..cekodok panas....

Pertandingan Khemah Hari Keluarga JPSM 2010 - Fasa Pertengahan

Fasa Pertengahan

Di tapak lokasi sebenar khemah, para komando tingkat 23, Unit Integriti & Tatatertib serta Unit Kenaikan Pangkat & Prestasi dikerahkan menyiapkan khemah secepat mungkin. Walaupun anggota-anggota komando lelaki berada dalam keadaan yang kurang selesa kerana terpaksa memakai baju warna pink pada esok hari, namun arahan tetap dilaksanakan sebaik mungkin. Nasib baik juga ada anggota-anggota komando wanita bertaraf pangkat makcik-makcik yang banyak membantu.

para komando sedang bertugas

makcik-makcik komando sedang tolong..tengok...

sarjan azman

chief komando sedang awasi anak buah...sapa degil kena 'bamboo'..hehehe


pegawai komando wanita tu posing je tau..

Wednesday, December 8, 2010

Pertandingan Khemah Hari Keluarga JPSM 2010 - Fasa Persiapan Awal

Fasa Persiapan Awal


Pertandingan Khemah Tercantik sempena Hari Keluarga JPSM 2010 telah bermula. Masing-masing mempertaruhkan kemahiran dan skill terbaik bagi menggondol gelaran Raja Khemah dan hadiah lumayan iaitu penginapan percuma di mana-mana rumah rehat DBKL selama 3 hari 2 malam. Unit Integriti & Tatatertib dan Unit Kenaikan Pangkat & Prestasi bergabung bagi menghasilkan impak maksima yang paling maksimum.




Dengan kemahiran survival hutan, bersenjatakan parang, pisau lipat, gergaji, gunting dan pisau cukur (hehehehe), khemah bertema dan berkonsepkan hutan lipur lentang direalisasikan. Diketuai oleh pegawai yang berwibawa, Puan Jamilah yang amat menitik berat kebajikan anak-anak buah beliau terutama dari segi makan dan minum. Roti canai n teh ais Puan!